PENGURUSAN BUKU STOK SPBT BOSD
|
PANDUAN PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT DAERAH
JPN/PPD membantu BBT
dalam hal-hal mengurus
dan menyelaras pelaksanaan SPBT di peringkat daerah (BOSD). Dalam hal tersebut, JPN/PPD
hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan.
1. PENGURUSAN AM
1.1. Merancang aktiviti bagi
pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat daerah.
1.2. Membuat penyeliaan
dan pemeriksaan berhubung pengurusan dan pelaksanaan SPBT di BOSD bagi daerah masing-masing.
1.3. Mengambil tindakan segera terhadap
teguran, laporan
atau isu berhubung pengurusan dan pelaksanaan SPBT.
1.4.
Melantik Ahli Jawatankuasa
Pengurusan BOSD
1.5.
Menyelaras tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan BOSD.
1.6 Mewujudkan
satu fail pengurusan SPBT BOSD.
2.
PEMANTAUAN PEMBEKALAN PENERIMAAN BUKU TEKS SPBT
2.1. JPN/PPD
memantau penerimaan buku
teks
SPBT di BOSD.
2.2. Memastikan
BOSD menerima bekalan buku teks SPBT dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
2.3. Menggalakkan semua BOSD memasukkan maklumat
penerimaan buku teks SPBT
ke dalam sistem eMATEKS.
2.4. Melaporkan status
pembekalan dan penerimaan buku
teks
SPBT ke JPN.
3. PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT
3.1. Melaporkan maklumat stok buku teks
di
BOSD kepada JPN/PPD dan sekolah.
3.2. Mengagihkan buku teks SPBT mengikut keperluan yang berikut:
3.2.1. BOSD ke
sekolah
3.2.2. BOSD ke BOSD
3.2.3. BOSD
ke BOSD negeri lain
4. PELUPUSAN BUKU
TEKS SPBT
4.1. BOSD memohon dan membuat pelupusan.
4.2. Membantu JPN menyelaras dan menyelia proses pelupusan di
BOSD.
5. PERANAN AHLI
JAWATAN KUASA PENGURUSAN BOSD
5.1. Menyediakan
buku stok bagi BOSD.
5.2. Mengemas kini buku stok dari semasa ke semasa./MAKLUMAT STOK
5.3. Menerima lebihan buku teks yang dihantar oleh pihak sekolah/BOSD.
5.4. Menguruskan
buku teks untuk BOSD daerah lain berdasarkan permohonan BOSD terbabit. (Pihak
BOSD daerah lain yang memohon hendaklah mengambil buku teks tersebut di BOSD).
PENGURUSAN BUKU STOK/MAKLUMAT STOK SPBT BOSD
1. Buku stok BOSD merupakan rekod rasmi tentang bilangan
pakej buku teks SPBT
di BOSD. JPN/PPD hendaklah menyediakan buku stok SPBT mengikut format yang
telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pihak BOSD dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya
12 naskhah buku
stok SPBT mengikut keperluan seperti yang berikut:
2.1. Enam naskhah bagi BOSD rendah -
Tahun 1 hingga
Tahun 6
2.2. Enam naskhah bagi BOSD menengah - Tingkatan Peralihan
hingga
Tingkatan 5
3. Pengemaskinian maklumat dalam
buku stok BOSD perlu mengambil kira perkara
yang berikut:
3.1 Semua maklumat buku teks SPBT hendaklah direkodkan dengan betul, tepat
dan lengkap dalam buku
stok
BOSD.
3.2 Baki buku teks SPBT
yang tercatat dalam buku stok
mestilah sama bilangannya dengan jumlah yang ada di dalam BOSD.
3.3
Catatkan bilangan buku rosak dalam ruangan
catatan.
3.4 Penerimaan dan pengeluaran buku teks SPBT hendaklah direkodkan dengan serta-merta.
3.5 Buku stok perlu disemak, disahkan dan ditandatangani sekurang-kurangnya sekali dalam setahun oleh JPN/PPD.
3.6 Buku stok hendaklah disimpan
di dalam BOSD bagi tujuan rujukan.
3.7 Buku stok hendaklah disemak dan ditutup kira-kira pada 31 Disember setiap tahun dan
disahkan serta ditandatangani oleh GuruBesar/Pengetua tempat BOSD ditempatkan
atau oleh PPD.

Comments
Post a Comment